Tuesday, 29 April 2014

TIPS MENJAGA BAJU KURUNG COTTON

Rasa nak bagi tips la. Saya akan share sikit2 tips ok. 

*******************************
TIPS MENJAGA BAJU KURUNG COTTON
*******************************

Sebelum dijadikan baju kurung:

1) Melakukan basuhan pertama

Sebelum anda membuat keputusan untuk menghantar kain cotton anda untuk dijadikan baju kurung, anda digalakkan untuk mencuci fabrik tersebut. Tujuannya adalah untuk mengelakkan ukuran baju anda tidak sama. Oleh itu, dengan membasuh kain cotton tersebut, ia akan menyebabkan kain cotton menjadi mengecut setelah selesai basuhan tersebut. Oleh itu, anda disarankan untuk mencucinya terlebih dahulu.


2) Basuh menggunakan tangan/washing machine

Anda boleh membasuh kain cotton sama ada menggunakan cucian tangan atau washing machine. Namun, anda digalakkan untuk mencuci kain secara berasingan dengan warna fabrik yang lain. Hal ini bertujuan untuk mengekalkan ketahanan warna di kain baju kurung cotton tersebut.


3) Tidak menggunakan peluntur

Elakkan daripada menggunakan peluntur atau lebih dikenali sebagai “bleach” kerana ia dikhuatiri akan menjejaskan warna kain cotton anda. Oleh itu, ia akan menyebabkan kain cotton mudah rosak dan warna juga menjadi tidak menarik. Selain itu penggunaan pelembut fabrik juga berkemungkinan boleh mengurangkan pernafasan kain cotton. Namun, ia bergantung kepada sejauh mana kualiti kain cotton baju kurung yang dibeli.

Ada lagi tips nak share... atau ada suggestion tak?

Sila la memberi pandangan anda yang bernas itu. Jangan segan silu mengomen ok? 

Terima kasih 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Super Budget Raya