Selamat Pagi Sayangness!
Haritu saya share SEBELUM jadi baju kurung.Hari ini tips lain pula~
**************************
Tips Menjaga Baju Kurung Cotton
**************************
Setelah dijadikan baju kurung:
Tips 1 - Sebelum anda memakai baju kurung cotton yang telah siap, and disarankan untuk terbalikkan baju kurung tersebut. Kemudian gosokkannya pada bahagian “tulang” baju kurung tersebut.
Tips 2 – Sematkan jarum peniti di lipatan kain.Kemudian anda boleh mulai menggosoknya. Jika anda menginginkan lipatan kain leper, anda boleh menjahitkan di hujung lipatan tersebut.
Tips 3 – Jika baju kurung cotton anda terutamanya cotton jenis moden yang mempunyai manik dan sulaman, anda digalakkan untuk mencuci menggunakan cucian tangan sahaja untuk mengelakkan manik tercabut dan kain tidak rosak.
Tips 4 – Sebaik-baiknya anda menggantungkan baju kurung anda supaya ia lebih terjaga rapi.
Tips 5 - jika anda menggunakan butang cina pada baju kurung anda, pastikan anda mengenakan butang yang lebih berkualiti. Ini disebabkan butang cina diperbuat daripada fabrik di mana warnanya juga boleh luntur serta berbulu.
Haaa dapatkan?
Mantap. so jaga lah baju kurung anda elok elok. Kalau nakk beli baru mai singgah sini
SUPER BUDGET RAYA
No comments:
Post a Comment